Wednesday 22 February 2012

STUDENT LEADERSHIP CAMP (SLC) 2012

UUM SINTOK - Bakat kepemimpinan Jawatan Kuasa Pembangunan Siswa (JKPS) dan pengurusan Kelab Universiti Utara Malaysia semakin mantap dengan adanya program Student Leadership Camp (SLC) anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yg berlangsung selama 10 hari bermula 5 Februari yang lalu.

Program yang berteraskan pembangunan mahasiswa dari sudut kepemimpinan, kerja berpasukan serta tujuh kemahiran insaniah seperti yang disarankan tampuk kepimpinan tertinggi negara ini membariskan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan Kelab-kelab di UUM.

Seramai lebih kurang 200 orang pelajar UUM terpilih untuk mengikuti program SLC ini. Antara pengisian program ini adalah ceramah, bengkel, LDK, explorace, Mencanting Bintang, dan lain-lain. Program ini juga telah dirasmikan oleh Naib Canselor UUM, Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Dewan Terbuka Bukit Kachi. 

Ini merupakan kali pertamanya program SLC ini dibuka kepada pengurusan kelab, memandangkan sebelum ini hanya pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan JKPS yang diwajibkan untuk mengikutinya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More